Terma & Syarat

Kemas kini terakhir: 26/07/2026

1. Pengenalan

Terma & Syarat ini menerangkan terma, skop perkhidmatan, struktur pembayaran, polisi pembatalan, polisi support, tanggungjawab, dan perkara lain berkaitan perkhidmatan VSM (Virtual Sales Manager) yang disediakan oleh Closing Academy (closingacademy.my).

Dengan menghantar permohonan atau melanggan perkhidmatan VSM, anda ("Client") dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma di bawah.

2. Produk: VSM (Virtual Sales Manager)

VSM ialah perkhidmatan pengurusan jualan secara virtual pada yuran RM1,500 sebulan bagi setiap akaun.

Satu akaun meliputi satu (1) niche dan maksimum lima (5) sales staff SAHAJA.

VSM direka untuk membantu syarikat memantau, mengurus, review dan meningkatkan prestasi pasukan jualan melalui sistem reporting berstruktur, sesi review, sesi perkongsian, panduan jualan dan support berterusan.

Jika anda ingin meliputi lebih daripada 5 sales staff, akaun tambahan perlu dilanggan.

3. Skop Perkhidmatan Bulanan

Perkhidmatan bulanan merangkumi lima (5) deliverables berikut:

1. Custom Sales Script: Core Script, Follow-Up Script dan Counter-Rejection Script. Script boleh dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan prestasi dan keperluan operasi.

2. Sistem Daily Reporting: semua sales staff yang dilindungi wajib hantar laporan harian Isnin hingga Jumaat melalui sistem yang ditetapkan, bagi memantau aktiviti jualan, konsistensi, isu prestasi dan disiplin jualan.

3. Weekly Workshop: satu (1) Basic Workshop dan satu (1) Advanced Workshop setiap minggu (jumlah 2 workshop seminggu, lebih kurang 2 jam setiap sesi). Jadual workshop boleh diubah oleh Closing Academy apabila perlu.

4. Monthly Review Session: dua (2) sesi review private setiap bulan (lebih kurang 1 jam setiap sesi), fokus kepada prestasi jualan, konsistensi reporting, pelaksanaan script dan peluang penambahbaikan team.

5. Dedicated Dashboard: akses dashboard untuk pantau reporting staff, prestasi, bahan latihan dan update program. Akses dashboard hanya aktif selagi langganan aktif.

4. Perkhidmatan Virtual Sahaja

VSM adalah perkhidmatan virtual sepenuhnya. Semua workshop, sesi review, konsultasi, support, komunikasi, reporting dan pemantauan dijalankan melalui platform online yang ditetapkan oleh Closing Academy (contoh: Zoom, WhatsApp, email dan dashboard).

Perkhidmatan ini TIDAK termasuk latihan bersemuka, lawatan ke premis, coaching in-house, temujanji pejabat atau kehadiran fizikal kakitangan Closing Academy di premis Client, kecuali dipersetujui secara bertulis oleh Closing Academy.

Sebarang permintaan untuk sesi fizikal adalah atas budi bicara Closing Academy dan mungkin dikenakan caj tambahan.

5. Peraturan Akaun

Satu akaun terhad kepada satu (1) niche dan maksimum lima (5) sales staff.

Pelbagai produk di bawah brand yang sama dibenarkan. Brand, bisnes atau entiti berbeza memerlukan akaun VSM berasingan.

VSM direka khusus untuk pasukan jualan dan fokus kepada prestasi serta pembangunan berkaitan jualan sahaja.

6. Proses Permohonan & Interview

Semua pemohon perlu melalui interview kesesuaian sebelum diterima masuk program.

Interview standard adalah percuma dan diaturkan dalam 3 hingga 5 hari bekerja.

Fast Lane (deposit RM150, refundable) menjamin interview diaturkan dalam 24 jam bekerja selepas bayaran. Deposit Fast Lane tertakluk kepada Refund Policy kami.

7. Polisi Pembayaran

Bayaran permulaan sebelum perkhidmatan bermula:

• RM1,500 Booking Deposit

• RM1,500 Bayaran Advance Bulan Pertama

Jumlah bayaran permulaan: RM3,000.

Yuran bulanan: RM1,500 sebulan bagi setiap akaun. Kitaran bil mengikut Tarikh Mula Rasmi Perkhidmatan yang dipersetujui.

Invois untuk kitaran seterusnya dikeluarkan lebih kurang tujuh (7) hari sebelum tarikh renewal. Bayaran mesti dibuat pada atau sebelum tarikh renewal untuk elak gangguan perkhidmatan.

Contoh: Tarikh mula 20 Julai → kitaran pertama 20 Julai hingga 19 Ogos → invois dikeluarkan 13 Ogos → bayaran perlu dibuat pada 20 Ogos.

Semua bayaran dibuat dalam Ringgit Malaysia (MYR) melalui pembayaran online yang selamat.

8. Polisi Pembatalan

Tiada kontrak jangka panjang. Client boleh batalkan perkhidmatan pada bila-bila masa dengan notis bertulis ke admin@closingacademy.my.

Untuk layak dapat refund deposit, notis pembatalan mesti dihantar sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh renewal seterusnya.

Pembatalan 7 hari atau lebih awal sebelum renewal: perkhidmatan diteruskan sehingga hujung bulan semasa, deposit refundable (dengan syarat tiada baki tertunggak), tiada penalti, dan Closing Academy akan buat handover dengan sempurna.

Pembatalan kurang daripada 7 hari sebelum renewal: pembatalan kekal sah, tetapi Client perlu teruskan satu bulan terakhir. Deposit akan digunakan untuk bulan terakhir tersebut dan menjadi tidak refundable. Handover diberikan selepas bulan terakhir selesai.

9. Bayaran Lewat & Permohonan Semula

Jika bayaran tertunggak, Closing Academy berhak menggunakan deposit Client untuk menampung yuran tertunggak atau bulan terakhir perkhidmatan.

Jika bayaran masih tidak diselesaikan, Closing Academy berhak menggantung atau menamatkan akaun.

Client yang berhenti dan ingin kembali perlu memohon semula melalui proses pendaftaran penuh dan mungkin diletakkan dalam waiting list. Penyertaan terdahulu tidak menjamin pengaktifan semula segera.

10. Polisi No Carry Forward

Workshop, sesi review atau sesi perkongsian yang tidak dihadiri tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya.

Sesi atau tiket yang tidak digunakan akan luput pada hujung bulan berkenaan.

Closing Academy akan berikan jadual dan notis munasabah untuk semua sesi. Kegagalan hadir atas apa jua sebab tidak melayakkan Client mendapat refund, sesi ganti, kredit atau carry forward, kecuali diluluskan secara bertulis oleh Closing Academy.

11. Polisi Workshop

Workshop dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Closing Academy. Client bertanggungjawab memastikan semua peserta berdaftar hadir.

Peserta bertanggungjawab ke atas kehadiran, ketepatan masa, sambungan internet, peranti dan akses platform masing-masing.

Tiada sesi gantian, kelas ganti atau workshop alternatif untuk sesi yang terlepas.

Rakaman workshop dan akses replay tidak disediakan kecuali dinyatakan secara bertulis oleh Closing Academy.

Workshop yang terlepas adalah tidak refundable, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dibawa ke bulan hadapan.

12. Polisi Support

Waktu support: Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 5:00 petang (waktu Malaysia).

Support merangkumi: isu reporting, hal operasi, hal sesi perkongsian dan review, support untuk staff baru dan support untuk staff yang lemah.

Support di luar waktu bekerja tidak dijamin dan tertakluk kepada budi bicara Closing Academy.

13. Penafian (Disclaimer)

Client mengakui dan bersetuju bahawa:

• Coach Adib tidak terlibat secara langsung dalam support, konsultasi, workshop atau penyampaian perkhidmatan kepada client.

• VSM adalah perkhidmatan virtual dan tidak termasuk pengurusan jualan on-site.

• VSM bukan coaching private syarikat atau engagement workshop private.

• VSM meliputi satu akaun bagi setiap brand/syarikat sahaja.

• Closing Academy akan menjaga kerahsiaan semua client.

• Tutorial, software, dashboard, SOP dan sistem latihan hanya untuk client VSM yang aktif.

• VSM tidak mengurus kehadiran, komisen, gaji, insentif, hal HR, hal disiplin, struktur pampasan atau keputusan dalaman syarikat.

• VSM fokus kepada pembangunan jualan dan disiplin reporting sahaja.

• Closing Academy tidak menyediakan strategi content, strategi iklan, nasihat branding atau pengurusan kempen marketing.

• Client tidak boleh bypass Closing Academy dengan melantik trainer atau manager secara terus di luar sistem rasmi.

• Closing Academy tidak menjamin hasil jualan tertentu. Prestasi bergantung kepada pelaksanaan oleh pasukan anda.

• Yuran bulanan tidak refundable setelah perkhidmatan bermula, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam terma ini.

14. Polisi No-Poach

Closing Academy tidak akan mengambil bekerja secara aktif mana-mana staff Client dalam tempoh enam (6) bulan selepas staff tersebut meninggalkan syarikat Client.

Tempoh bertenang ini bertujuan mengelakkan konflik kepentingan dan melindungi kedua-dua pihak.

15. Tanggungjawab Client

Client bersetuju untuk:

• Menyediakan maklumat syarikat dan produk yang diperlukan.

• Mengekalkan senarai staff yang dilindungi dengan tepat.

• Memastikan kehadiran staff untuk sesi berjadual.

• Memastikan laporan dihantar tepat pada masa.

• Memastikan peserta workshop adalah dari syarikat/brand yang dilindungi.

• Membuat bayaran mengikut terma ini.

• Menghantar permintaan pembatalan secara rasmi jika ingin berhenti.

• Memuat turun bahan handover dalam tempoh yang ditetapkan.

Client kekal bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hal HR, keputusan pekerjaan, pengurusan kehadiran, pampasan, komisen, tindakan disiplin dan semua keputusan pengurusan dalaman.

16. Kerahsiaan & Harta Intelek

Kedua-dua pihak bersetuju menjaga kerahsiaan maklumat proprietari, bahan, data, script, laporan dan maklumat bisnes.

Semua tutorial, SOP, sistem, dashboard, software, framework, metodologi dan bahan latihan dalaman yang dibangunkan atau dimiliki oleh Closing Academy kekal sebagai harta intelek eksklusif Closing Academy.

Client tidak boleh menghasilkan semula, mengedar, menjual, berkongsi, menyalin, memindah atau mendedahkan bahan tersebut tanpa kebenaran bertulis.

Akses kepada bahan proprietari boleh ditamatkan serta-merta apabila perkhidmatan dihentikan.

17. Tempoh Perjanjian

Perkhidmatan berjalan atas asas bulan ke bulan (month-to-month) sehingga ditamatkan mengikut polisi pembatalan di atas.

Tiada komitmen kontrak jangka panjang dikenakan.

18. Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan mengenai terma ini boleh diajukan melalui email rasmi kami: admin@closingacademy.my.