Refund Policy
Kemas kini terakhir: 26/07/2026
1. Ringkasan
Terdapat dua (2) jenis bayaran yang tertakluk kepada polisi refund berbeza:
• Deposit Fast Lane (RM150): deposit untuk jaminan interview dalam 24 jam bekerja.
• Booking Deposit VSM (RM1,500): sebahagian daripada bayaran kickoff RM3,000 (deposit RM1,500 + bulan pertama RM1,500) selepas anda diterima masuk program.
Setiap satu diterangkan di bawah.
2. Refund Deposit Fast Lane (RM150)
Deposit Fast Lane adalah 100% refundable dalam keadaan berikut:
• Anda membatalkan permohonan sebelum interview.
• Anda tidak hadir (no-show) ke sesi interview.
• Permohonan anda tidak diterima (not suitable).
• Kami gagal mengaturkan interview dalam 24 jam bekerja selepas bayaran.
Refund diproses dalam masa 48 jam bekerja dari tarikh kelayakan, melalui kaedah pembayaran asal anda.
Jam bekerja: Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 6:00 petang (waktu Malaysia), tidak termasuk cuti umum.
3. Penukaran Deposit Fast Lane kepada Kredit
Jika anda diterima dan meneruskan program VSM, deposit RM150 akan ditukar menjadi kredit untuk bayaran kickoff. Anda hanya perlu bayar baki RM2,850 daripada RM3,000.
Setelah ditukar kepada kredit, deposit RM150 tidak lagi refundable secara tunai.
4. Refund Booking Deposit VSM (RM1,500)
Booking Deposit RM1,500 dipegang sepanjang langganan aktif dan tertakluk kepada polisi pembatalan:
• Pembatalan dengan notis bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh renewal seterusnya: deposit adalah refundable, dengan syarat tiada baki bayaran tertunggak. Tiada penalti dikenakan dan perkhidmatan diteruskan sehingga hujung bulan semasa.
• Pembatalan kurang daripada 7 hari sebelum tarikh renewal: anda perlu teruskan satu bulan terakhir. Deposit akan digunakan untuk bayaran bulan terakhir tersebut dan menjadi tidak refundable.
• Jika bayaran tertunggak, Closing Academy berhak menggunakan deposit untuk menampung yuran tertunggak.
Notis pembatalan hendaklah dihantar ke admin@closingacademy.my.
5. Yuran Bulanan & Bulan Pertama
Bayaran advance bulan pertama (RM1,500) dan yuran bulanan (RM1,500 sebulan) adalah tidak refundable setelah perkhidmatan bagi bulan berkenaan bermula, kecuali dinyatakan sebaliknya secara bertulis oleh Closing Academy.
Workshop, sesi review atau sesi yang terlepas tidak melayakkan sebarang refund, kredit atau carry forward.
6. Cara Memohon Refund
Refund Deposit Fast Lane untuk kes kelayakan automatik (cancel, no-show, tidak diterima, SLA gagal) diproses secara automatik tanpa perlu memohon.
Refund Booking Deposit VSM diproses selepas pembatalan yang layak disahkan dan handover selesai.
Untuk sebarang pertanyaan refund, hubungi kami melalui email rasmi: admin@closingacademy.my.